So?

Salam, hari ni aku nak jadi ustazah kejap XD Hari ni aku nak cakap pasal tudung zaman sekarang. Korang pun tahu kan isu tudung ni makin hari makin HOT! Macam-macam isu yang timbul pasal tudung zaman sekarang. Siapa yang tak kenal Yuna dan Hana Tajima :) Ramai remaja di Malaysia mengikut fesyen tudung Yuna atau Hana Tajima. Persoalannya sekarang, adakah style tudung Yuna dan Hana Tajima dapat membantu kita untuk menutup aurat? Remaja zaman sekarang memang anehhh. Tengok style cantik, terus nak ikut. Sedangkan, diorang tak tahu apa dosa disebalik style itu. Kalau iya pun nak berfesyen, tak payahlah nak melampau sangat. Tudung Yuna atau Hana Tajima boleh dikenali sebagai TUDUNG AKHIR ZAMAN.  So, aku akan letakkan sikit gambar Hana Tajima.


Inilah tudung yang meraka bangga-banggakan. Kononnya RUGGED! Aku tengok pun memang cantik tapi, tak kanlah korang tak perasan yang shawl Hana Tajima ni seolah-olah mengikut Sister? Tak percaya? Cuba korang bandingkan gambar Yuna dengan Sister?
Persamaannya cukup ketara! Aku tengok pun terkejut. Satu lagi, SANGGUL TINGGI. Sanggul tinggi ni boleh dikatakan FESYEN jugakk. Korang tak tahu ke hukum SANGGUL TINGGI?

Nahhh! Inilah dia. SANGGUL TINGGI. Korang masih tak tahu hukum sanggul tinggi?


Hadis Nabi Muhammad:
“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).
Okaylah, yang tu jerrr. Renung-renungkanlah :)